Salam. Ketemu lagi setelah hampir 5 hari aku tak dapat masuk dan update laman blogku.
Alhamdulillah hari ini dapat aku luangkan sedikit masa. Namun bukan di rumah tapi di Selangor Medical Center, Shah Alam sementara menunggu isteriku buat medical check-up.
Dua tiga hari kebelakangan ini aku agak sibuk dengan tugasan dan mesyuarat di pejabat. Hampir setiap hari balik agak lewat ke rumah. Badan pun terasa letih dan sakit-sakit. Ada projek yang perlu disiapkan menurut masa yang ditetapkan. Terpaksa aku menguzurkan diri untuk hadir ke beberapa mesyuarat jamaah. Bersalah juga rasa diri kerana pentingkan tugasan dunia... :(
Walaupun aku cuti hari ini, dah jadi biasa. Sibuk dengan urusan lain pulak. Pagi temankan isteri buat medical check-up. Selepas itu ke Rembau untuk mengmabil anakku, Naim yang pulang ke rumah dari asrama. Petang ada appointment dengan kawan. Itupun jika sempat.. Dan malam merancang nak berlatih bowling(kononnya).
Dan itulah rutin kehidupanku. Aku masih bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan. Penat macam mana sekalipun, aku masih bersyukur dan perlu terus bersyukur kepada-Nya. Syukur Alhamdulillah....
Ya Allah, hindarilah hambaMu yang dhaif ini dari dimasukkan di kalangan orang-orang yang tidak mengenal erti syukur. Amiin...
Jadilah kamu ibarat sepohon pokok. Orang membaling kamu dengan batu dan kayu tetapi kamu membalasnya dengan menggugurkan buah-buah yang ranum.
Friday, July 10, 2009
Monday, July 6, 2009
Amanah Allah
Salam. Hari ini aku terpaksa datang lewat ke pejabat. Isteriku kurang sihat dan terpaksa membawanya ke klinik. Kesihan juga melihat isteriku. Sejak mengandung, keupayaannya agak berkurangan dari biasa. Almaklumlah mengandung dalam usia yang tidak segagah dulu. Badan selalu letih dan seram sejuk.
Aku amat bersyukur kerana semua anak-anakku dilahirkan normal tanpa perlu pembedahan. Aku juga berharap kepada Allah s.w.t. agar kandungan yang mutakhir ini juga normal seperti yang lain. Selain sentiasa mengingatkan isteriku untuk menjaga kesihatan, aku juga berpesan agar bersedia dengan kekuatan tenaga zahir dan batin untuk menghadapi hari kelahiran nanti.
Dan aku juga perlu bersedia menerima satu lagi beban amanah dari Allah. Aku hanya mampu berdoa dan bermunajat kepada Allah memohon pertolongan dan kekuatan dariNya untuk menghadapi ujian kehidupan di dunia yang fana' ini.
Ya Allah, kurniakanlah kami isteri dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata kami. Amiin..

Sunday, July 5, 2009
Hari Minggu Yang Meletihkan
Salam. Mataku semakin kuyu. Jam menghampiri 11.10 malam. Aku gagahkan juga tangan untuk terus mencoret. Rasa semacam ada yang kurang kalau tak buka blog.
Setelah pulang dari rumah mertuaku di Kuala Selangor, terus bersiap untuk ke Banting menghantar anak sulungku balik ke asrama. Sempat juga aku dan isteriku memberi kata-kata nasihat dan semangat kepadanya sepanjang perjalanan ke sana. Tiada harapan yang lebih tinggi melainkan melihat anak sulungku berjaya di dunia dan akhirat. Buat masa ini, dialah satu-satunya anakku yang menghafaz AlQuran secara formal. Aku sering berpesan kepadanya fadhilat atau kelebihan orang yang menghafaz AlQuran khususnya dapat memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya di padang mahsyar nanti.
Selepas maghrib, bersiap pula membawa keluarga menjamu selera di Shah Alam. Bukan aku sahaja rupanya yang letih. Anak-anakku juga letih khususnya Asma' yang penat bermain dengan sepupunya ketika di Kuala Selangor. Aku faham bukannya selalu ketemu dengan mereka.
Namun aku puas sekiranya kepenatan aku ini dapat mendatangkan manfaat kepada ahli keluargaku. Biarlah aku penat asalkan isteri dan anak-anakku gembira dan bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan.
Ya Allah, golongkanlah kami di kalangan hambaMu yang tahu bersyukur. Amiin.
Saturday, July 4, 2009
Kasih Seorang Abang
Siapa yang tidak kenal Michael Jackson. Satu nama yang masyhur dengan irama muziknya yang tersendiri dan gaya tarian yang hebat. Aku bukanlah peminat setianya tetapi ada juga 2-3 lagu sentimental beliau yang aku gemari.
Setelah pemergiannya, aku tak ambil pusing sangat perihal kisahnya. Cuma aku rasa terkesan bila melihat berita TV semalam perihal temubual bersama abangnya Jermaine Jackson atau nama Islamnya, Muhammad Abdul Aziz. Beliau menangis mengenang nasib adiknya. "Saya lebih rela mati dan bukannya adik saya," kata beliau tanda kasih dan sayang kepada adiknya.
Bagi diriku, Jermaine yang telah lama memeluk Islam, adalah seorang abang yang sangat bertanggungjawab dan memenuhi tuntutan amalan Islam. Diberitakan beliau kini menetap di salah sebuah negara di timur tengah. Namun itu tidak menghalang dirinya menyeru kaum keluarganya memahami dan memeluk Islam. Alhamdulillah, keikhlasan usahanya berjaya mengIslamkan adiknya, Michael@Mikaeel. Kini dia sedang berusaha mempengaruhi kaum keluarganya agar mengkebumikan jenazah Mikaeel menurut lunas-lunas Islam.
Dalam dunia yang penuh kemewahan dan glamor, pasti sukar untuk kita mencari sebutir permata yang indah umpama insan yang bernama Jermaine Jackson. Semoga Allah memberkati hidupnya dan merahmati ruh adiknya, Allahyarham Mikaeel. Aku tak dapat menahan airmataku mengalir....
Ya Allah. Terimalah amalan kami seperti amalan orang-orang yang ikhlas. Amiin.

Ingatan Yang Bermanfaat
Salam. Sambil berehat, aku berkesempatan mencoret sebentar setelah non-stop 'bekerja'.
Alhamdulillah, pagi Sabtu ini, masaku terisi seusai solat Subuh dengan sedikit zikir, tilawah Al Quran, senaman ringan dan membersihkan rumah. Begitu juga isteri dan anak-anakku. Amirah, anakku yang sulung pun ada. Dapat pelepasan sekolah untuk balik ke rumah. Sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban umminya melaksanakan kerja-kerja rumah. Maklumlah, umminya sedang sarat mengandung 6 bulan.
Sekitar 10 pagi, kami ke hypermarket untuk membeli keperluan dapur. Kami tidak ke hypermarket yang terdekat tetapi menuju ke destinasi yang lebih jauh sedikit. Bukan apa, memenuhi tuntutan umat Islam yang memboikot hypermarket tersebut akibat sumbangannya kepada perjuangan Yahudi. Anakku yang bongsu pun tahu dan sering ingatkanku," Walid, tak bole pergi situ. Boikot !" walaupun dia kurang mengerti alasan umat Islam memboikotnya.
Begitu juga apabila membeli barang makanan. Tidak kira yang berjenama ataupun tidak. Kami meletakkan prasyarat mesti yang halal JAKIM atau yang diiktiraf serta bukan keluaran syarikat Yahudi. Alhamdulillah, anak-anakku faham dan menerimanya walaupun terpaksa berkorban makanan kegemaran mereka.
Itulah sedikit ingatanku yang mampu aku berikan buat isteri dan anak-anakku, perlunya keprihatinan tentang nasib umat Islam tidak kira di mana mereka berada.
Ya Allah. Kurniakanlah kesejahteraan dan keamanan kepada seluruh umat Islam di bumiMu ini. Amiin..

Friday, July 3, 2009
Muhasabah Diri
Salam. Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan usiaku untuk terus menelusuri hidup.
Sebelum ke sekolah pagi ini, anak-anakku Adilah, Arif dan Najihah menyerahkan kad prestasi bulanan bacaan dan hafazan AlQuran kepadaku untuk ditandatangani. Aku bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. melihat peningkatan prestasi bacaan dan hafazan mereka. Terima kasih kepada pihak Sekolah Islam Al Farabi, Meru yang komited untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang dunia dan akhirat.
Walaupun surah yang dihafaz belumpun mencecah satu juzu', namun peningkatan bilangan surah sudah memadai bagi aku.
Seusai menandatanganinya, aku bertanya pada diri sendiri," mana kad prestasi diri aku?"...emm siapa pulak nak menilainya ? Teringat kata Saidini Umar," hisablah dirimu sebelum diri kamu dihisab di hadapan Allah nanti."
Mula terasa malu dan rendahnya diri ini dihadapan Allah...
Ya Allah, ku mohon rahmat dan kasih-Mu. Jadikanlah diriku dan ahli keluargaku di kalangan orang-orang yang istiqamah. Amiin..
Thursday, July 2, 2009
Asma' Deklamasi Sajak
Salam. Minggu lepas anak bongsuku, Asma' bawa balik selembar sajak yang bertulis tangan dari tadikanya. "Walid, tolong taip kat komputer. Asma' tak faham nak baca la," rayunya. Memang payah nak baca tulisan tangan cikgunya. Tulisan sambung-menyambung macam wayar letrik.
Rupa-rupanya anak kesayanganku terpilih mewakili tadikanya mendeklamasi sajak dalam Ihtifal PASTI Kawasan Kapar hujung bulan ni.
Tak sangka pulak anak aku berbakat dalam mendeklamasi sajak. Aku? tak pernahpun... Umminya? langsung tak minat..
Walau apapun, aku terus memenuhi permintaannya. Bila dah print, dia terus berlatih dengan penuh bersemangat... emm memang berbakat walaupun baru berusia 6 tahun.
Aku tidaklah mengharap dia mendapat tempat pertama tapi sebagai seorang bapa, ini adalah permulaan untuk anakku berani menampilkan diri di khalayak ramai.
Wahai anak-anakku... masa depanmu penuh onak dan cabaran yang jauh lebih hebat dari hari ini. Bersedialah mengumpul kekuatan untuk menghadapinya. Hasbunallahuwani'malwakiil. Amiin..
Salam Pengenalan
SALAM.. Hari ini bermulalah sejarah baru dalam hidup aku. Sebelum ni, aku hanya sekadar pemerhati. Tapi dengan tekad dan semangat yang berasap, aku melangkap gagah ke alam blog. Maka dengan ini tersenarai lah aku sebagai blogger yang dah melambak di melata bumi ni. Tapi minta maaf banyak-banyaklah sebab blog aku belum seindah blog-blog orang lain. Nanti aku update yee..
Hari ni, anak aku Adilah berpuasa sunat. Semalam pun berpuasa sunat dengan adiknya, Najihah. Alhamdulillah Allah kurniakan aku anak-anak yang suka amalan sunat. Dan aku tahu, begitu jugak anak-anakku yang menetap di asrama. Amirah di Banting dan Naim di Rembau. Puasa Isnin dan Khamis tu biasa bagi mereka.
Cuma aku..... kadang-kadang terasa malu dengan anak-anak...bila nak puasa sunat ni?
Ya Allah, selamatkanlah diriku dan kaum keluargaku dari bakaran api nerakaMu. Amiin..
Subscribe to:
Posts (Atom)