Friday, September 18, 2009

Bersama orang yang tersayang...

Salam. Pagi kelmarin aku sekali lagi ke Selangor Medical Center (SMC) berjumpa pakar mata. Alhamdulillah mataku semakin baik dan dinasihatkan oleh doktor agar terus menggunakan ubat yang diberi sehingga habis. Bimbang penyakit mata itu akan menyerang semula. Memang benar. Mataku pun berasa kurang selesa kalau tak dititiskan ubat mata yang diberi.
Selepas itu, terus aku ke Rembau untuk mengambil Naim dari asramanya. Cuti sekolah sempena sambutan Hari Raya sudahpun bermula. Akibatnya, gamatlah rumah aku malam ini dengan keletah semua anak-anakku. Kadang-kadang aku tak kesah dengan keriuhan mereka tapi adakalanya terpaksa aku campurtangan bila sudah agak tidak terkawal.... tapi tidaklah sampai berlakunya rusuhan dan mengancam keselamatan negara.

Dalam ketika menjelangnya Hari Raya pada tahun ini, aku merasakan tidak ada orang lain yang lebih gembira melainkan apabila ia disambut dengan orang yang disayangi apatah setelah sekian lama terpisah. Itulah yang terjadi kepada Mat Sah Mohd Satray, bekas tahanan kejam ISA yang diasingkan dari keluarganya hampir 8 tahun. Ikuti kisah beliau setelah baru 6 jam bersama keluarga....

Link : Setelah 6 jam bersua isteri, anak tercinta...

Memang sesungguhnya ISA adalah akta kejam dan zalim. Ianya harus ditentang dan dimansuhkan kerana tiada nilai kemanusiaan melainkan untuk kepentingan pemerintah yang tidak bermoral dan berhati perut.

Ya Allah, bantulah hamba-Mu dalam menentang pemerintah yang zalim. Amiin...

No comments: