Salam. Hari ini aku terpaksa datang lewat ke pejabat. Isteriku kurang sihat dan terpaksa membawanya ke klinik. Kesihan juga melihat isteriku. Sejak mengandung, keupayaannya agak berkurangan dari biasa. Almaklumlah mengandung dalam usia yang tidak segagah dulu. Badan selalu letih dan seram sejuk.
Aku amat bersyukur kerana semua anak-anakku dilahirkan normal tanpa perlu pembedahan. Aku juga berharap kepada Allah s.w.t. agar kandungan yang mutakhir ini juga normal seperti yang lain. Selain sentiasa mengingatkan isteriku untuk menjaga kesihatan, aku juga berpesan agar bersedia dengan kekuatan tenaga zahir dan batin untuk menghadapi hari kelahiran nanti.
Dan aku juga perlu bersedia menerima satu lagi beban amanah dari Allah. Aku hanya mampu berdoa dan bermunajat kepada Allah memohon pertolongan dan kekuatan dariNya untuk menghadapi ujian kehidupan di dunia yang fana' ini.
Ya Allah, kurniakanlah kami isteri dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata kami. Amiin..
No comments:
Post a Comment