Monday, September 14, 2009

Cuti panjang

Salam. Alhamdulillah masih dipanjangkan usia lagi. Pagi ini aku terpaksa jumpa pakar mata sebab sakit mataku tidak juga surut. Hasilnya, doktor tambah MC 5 hri lagi. Alamatnya bercutilah aku sehingga Raya. Bila ku hitung, 3 minggu aku bercuti bermula dari Isnin minggu UPSR hinggalah ke minggu Hari Raya nanti. Lamanya....
Namun aku berusaha mencari peluang mmbuat kerja-kerja yang berfaedah seperti menghadiri program-program yang diatur oleh jama'ah.
Antaranya program iftor anjuran PASTI Al Munawwarah pada Jumaat lepas yang diselitkan dengan acara tazkirah dan penyampaian sumbangan raya kepada warga PASTI yang kurang bernasib baik. Sambutan amat menggalakkan khususnya dari kalangan ibubapa pelajar yang sentiasa memberi sokongan moral dan material kepada PASTI.





Pada Sabtu pagi pula, aku hadir ke program sumbangan hari raya kepada golongan kurang bernasib baik di rumah YB Dr Rani, ADUN Meru. Program diserikan lagi dengan kehadiran konvoi dari Badan Perhubungan PAS Selangor yang diketuai oleh YB Che Rosli, Ahli Parlimen Kajang. Ramai juga yang hadir. Dan ramai juga yang menerima sumbangan. Rupanya masih ramai golongan asnaf di Malaysia ini walaupun pemimpin negara bangga dengan retorik Malaysia sebagai negara maju. Dan yang lebih malang, semuanya bangsa seperti aku...






Dan Ahad sempat bergegas ke Kuala Selangor menziarahi mertuaku yang dirindui untuk iftor bersamanya. Mertuaku memang pakar memasak. Berselera kami sekeluarga kalau dengan masakannya. Alhamdulillah....


Ya Allah, sesunggahnya solat kami, ibadat kami, hidup kami dan mati kami hanyalah semata-mata kerana- Mu, Tuhan Penguasa sekalian alam. Amiin...

No comments: