Friday, September 11, 2009

MC lagi...


Salam. Aku baru balik dari klinik. Dapat MC lagi. Sakit mataku semakin melarat. Dari satu ke dua-dua biji mata. Doktor kata kebiasaannya dah pulih. Jika sekiranya dalam tempoh 3 hari masih merah, doktor nasihatkan aku merujuk ke pakar mata. Apa nak buat. Semoga ianya menjadi kaffarah buat diriku yang bergelumang dengan dosa ...

Dalam pada itu, malam tadi aku sempat bersama para guru dan ahli lembaga penegelola Sekolah Islam Al Farabi iftor dan tarawih bersama. Diselitkan agenda penyerahan sumbangan raya kepada para guru yang banyak berjasa menyumbang fikiran dan tenaga mendidik anak bangsa khususnya anak-anakku. Jazakumullah buat guru-guru Sekolah Islam Al Farabi atas jasa kalian...
Dan dua malam sebelum itu, aku sempat menghadiri mesyuarat bersama ADUN Meru, YB Dr Hj Abd Rani Othman membincangkan persiapan sambutan Hari Raya peringkat DUN Meru. Aku bukanlah orang penting cuma sekadar meramaikan korum.

Dan petang ini pulak, ada program iftor dan tazkirah di PASTI Al Munawwarah. Aku diamanah mempengerusikan majlis. Tazkirah oleh Ust Ghazali Omar dari SMKA Kuala Selangor. Aku memang peminatnya sebab gemar dengan kaedah kupasan yang beliau aplikasikan dalam ceramahnya. Orangnya pun peramah.
Walau apapun, aku nak pastikan sakit mata aku ni bukan penghalang untuk aku terus hadir di program-program yang diberkati. Lagipun bukannya banyak sangat program macam YB-YB atau pimpinan-pimpinan jamaah yang aku hormati. Siapalah aku ni....

Ya Allah, janganlah Kau jadikan penyakitku ini sebagai halangan untuk aku terus berkhidmat pada agama-Mu. Amiin...

No comments: